Skip to main content

Full text of "Tiada Konsep TERPAKSA Dalam Pelacuran"

See other formats


Tiada Konsep Terpaksa Dalam Isu Pelacuran 1 

MUQADDIMAH 

Kita dikejutkan dengan pandangan Dr. Mashitah yang menjelaskan bahawa 
seseorang wanita yang melacurkan dirinya kerana kesempitan hidup adalah dibenarkan. 
Jawapan kepada soalan yang ditanya oleh Razin ini amat memeranjatkan seluruh umat Islam 
di Malaysia khususnya kerana pandangan yang dinyatakan oleh Dr Mashitah jelas 
menunjukkan kedengkelan beliau dalam menguasai ilmu Qawaid Fiqhiyyah. Berikut adalah 
petikan soalan dan jawapan yang sangat mendukacitakan: 

SA YA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk 
membesarkan anak. 

Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. 

Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini 
akan mendapat keberkatan Allah? 

Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan 
turut berdosa ? 

Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah? 

RAZIN 
Kuala Lumpur 

JAWAPAN 

HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. 

Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu 'terpaksa', membayangkan wanita berkenaan 
terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. 

Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan member! makan. 

Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. 

Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia 
dimaafkan. 

Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. 

Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia 
tergolong layak terima fitrah. 

Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat. 2 

Jawapan yang menggemparkan ini telah menyebabkan pelbagai tindak balas daripada 
pembaca yang menyebabkan Dr. Mashitah sekali lagi cuba untuk menjelaskan kenyataan 
beliau berhubung dengan isu ini. Berikut adalah penjelasan dari Dr Mashitah sendiri 
berkenaan isu ini. 



1 Kajian ringkas ini adalah hasil tangan saya yang merupakan jawapan kepada satu isu yang pernah 
ditimbulkan oleh Dr. Mashitah pada tahun-tahun yang lampau. Kajian ringkas ini pernah dibahaskan 
dan dikeluarkan oleh PMRAM sewaktu isu ini hangat diperkatakan. 

" http://www.hmetro.com.my/Current News/HM/Section/khas html?mysec=AMMJ 

pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now! 



Daripada : Syafiqe 



Assalamualaikum Dato! Saya terdapat sedikit kekeliruan mengenai jawapan dan komentar 
Dato berdasarkan isu boleh melacur jika seseorang itu terdesak di dalam Harian Metro. Saya 
merasakan perkara ini kurang jelas untuk difahamkan kepada umum. Jadi saya minta Dato 
perjelaskan dengan lebih lanjut! 

Jawapan 

Terima kasih kerana ikhlas bertanya saya tentang isu ini secara terbuka. Sebenarnya saya 
menjawab soalan Razin dalam ruangan 'Anda Musykil Dr Mashitah Jawab' ( METRO) yang 
mempersoalkan apakah hukumnya ibu tunggal yang terpaksa menjual diri untuk 
membesarkan anak-anak, adakah anak yang sudah mengetahui pekerjaan ibunya tetapi 
masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? , dan apakah hukumnya wang itu 
dizakatkan? 

Berdasarkan jawapan saya hukum dikeluarkan berbeza-beza mengikut keadaan atau zuruf. 
Dalam keadaan biasa saya menjelaskan bahawa melacur itu tetap haram di sisi Islam. 
Namun ketika dalam darurat ia di maafkan. Di sini apa yang ingin saya sampaikan bukan 
bermakna jika keadaan terdesak dan terpaksa perempuan dibolehkan melacur. Sebaliknya 
hanya dalam keadaan benar-benar darurat. 

Contoh paling mudah ialah khinzir : di sisi Islam ia haram dimakan namun ketika darurat 
(tiada langsung makanan ) khinzir boleh dimakan. Jadi dalam keadaan ini melacur dimaafkan 
ketika dalam darurat sahaja. Masyarakat sendiri lebih memahami apakah maksud darurat di 
Malaysia. 

Persoalannya adakah di negara kita sudah sampai tahap darurat? Tidak, jadi saya cuba 
mengajak masyarakat dan insan yang bertanya berfikir secara rasional. Adakah dengan 
menjadi ibu tunggal sudah sampai tahap darurat? Malah ingin membayar zakat fitrah lagi. 
Sedangkan kita ada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta pelabagai 
organisasi yang akan membela nasib para ibu tunggal. Justeru, saya tetap menyatakan 
dalam kes soalan Razin itu sebagai haram seorang ibu tunggal melacurkan dirinya. 

Begitu juga, saya telah member! penekanan kepada perkataan terpaksa yang bermaksud 
kemungkinan seseorang wanita itu ditipu dan diperangkap lalu dilacurkan. Maka dalam hal ini 
wanita tersebut tidak bersalah kerana bukan atas kehendaknya sendiri tetapi orang yang 
menjadi Bapa Ayam itulah yang terpaksa menanggung dosa besar wanita tersebut. 

Saya juga suka untuk mengingati masyarakat yang terkeliru berdasarkan kenyataan akhir 
jawapan saya, mengenai isu ini yang jelas telah mengkategorikan masalah ini bukan darurat. 
Di mana ibu tunggal ini ingin membayar zakat. Lalu saya menjawab : orang yang terdesak 
dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat bahkan dia tergolong dalam asnaf yang 
layak menerima zakat. Oleh itu, jelas menunjukkan kepada semua, pekerjaan ibu tunggal 
yang melacur tadi adalah haram kerana ia terkeluar dari darurat. 

Selain itu, dalam ruang tersebut saya sebenarnya telah menjawab dengan panjang lebar 
tetapi telah dipendekkan kerana kapasiti untuk bahagian menjawab soalan tadi adalah agak 
terhad. Maka, jawapan saya secara mendalam dan menyeluruh tidak berpeluang dihidangkan 
kepada pembaca sepenuhnya. 

Waakhiran, saya berharap agar jawapan saya tidak disalah ertikan oleh masyarakat kerana ia 
akan mengeruhkan keadaan sahaja. Dan ini juga hanya jawapan saya dalam ruang soal 
jawab berdasarkan ilmu yang telah dipinjamkan oleh Allah kepada saya bukannya satu fatwa 
baru. Yang penting kita jangan cepat melatahf 



" http://www.islamhadhari.net/v2/drmashitah/index.php7pageNum drmashitah=Q&totalRows drmashit 
ah=33 

pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now! 



Hujah utama yang digunapakai oleh Dr Mashitah adalah kaedah fiqh yang berbunyi: 

II .,!' • •♦• ' t| ' ' ~ •"-.!' ' ' S ..tl" 

Namun seakan-akan beliau tidak menyedari bahawa kaedah tersebut mempunyai syarat- 
syarat yang tertentu dan bukan boleh digunapakai secara bebas. 

KAEDAH: "Oljjla^l ^J Oljjj^aJl" 

Al-lmam Al-Suyuti meletakkan kaedah ini di bawah salah satu kaedah besar dalam kaedah- 
kaedah fiqh (i£j&3\ M^' J*ljiul) yang berbunyi: 

Yang bermaksud: Darurat itu adalah dihilangkan. 

Kaedah Jijj Jr aJi merupakan kaedah besar yang didokongi oleh beberapa kaedah lain bagi 
melengkapi kaedah besar ini. Tanpa kaedah-kaedah ini, kaedah Jijj Jr aJi tidak mampu untuk 
digunapakai dalam memudahkan ijtihad. 

Berikut adalah kaedah-kaedah yang duduk di bawah kaedah Jijj Jr aJi 

(Darurat akan membenarkan perkara yang diharamkan tetapi dengan syarat darurat 
tersebut tidak kurang kedudukannya daripada perkara yang diharamkan) 

-- .. ' .. * 

(Apa yang dibenarkan atas alasan darurat hendaklah digunapakai pada kadar yang 
diperlukan sahaja) 

3. JjJ^4 J'ji li Jj^ai' 

(Kemudaratan tidak akan dihilangkan dengan mendatangkan kemudaratan yang baru) 

(Apabila bertembung antara dua kemudaratan maka hendaklah diutamakan mudarat 
yang lebih mendatangkan kesan buruk yang besar dengan cara mendatangi mudarat 
yang lebih kecil kesan negatifnya) 

O O s / / o Ji 

(Menolak kemudaratan lebih patut dilaksanakan daripada mendatangkan kebaikan) 



pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now! 



DEFINISI DARURAT DALAM KAMUS FIQH 

s Z 3 O <0 j, / O ^ / s s / o ^ o^^ 

j) C-I^M <j4^0 JS"^ jktaJlS' c Lj313 jf dila ^jiUJl Jj^u *J <^i \J&- OlUlJt ^jL 

Bermaksud: 

Darurat ialah tahap yang dicapai oleh seseorang yang sekiranya dia tidak melakukan perkara 
yang haram, dia akan mati ataupun hampir kepada kematian seperti seseorang yang 
terpaksa untuk makan dan berpakaian dalam keadaan seandainya dia tetap dalam keadaan 
lapar dan terlanjang tanpa pakaian, dia akan mati ataupun anggota badannya akan 
mengalami kecacatan. Maka keadaan ini sahajalah yang akan menjadikan perkara yang 
haram pada asalnya berubah kepada dibenarkan. 

PANDANGAN ISLAM DALAM MASALAH SESEORANG YANG MELACURKAN DIRI 
KERANA TERPAKSA. 

Sebagaimana yang saya nyatakan tadi, kaedah Jijj Jr aJi tidak boleh diguna pakai sewenang- 

wenangnya malahan mesti dibantu dengan kaedah-kaedah kecil yang dianggap sebagai 
juzuk-juzuk penting kepada kaedah ini. 

Antara kaedah kecil kepada kaedah Jijj Jr aJi adalah kaedah: 

Kaedah ini memberikan kepada kita satu penjelasan bahawa kemudaratan yang bakal 
terhasil seandainya seseorang individu itu tetap tidak mahu melakukan sesuatu perkara yang 
haram mestilah lebih besar kesan buruknya daripada perkara yang diharamkan oleh syarak 
tersebut. 



Contoh 



,5 



1. Seseorang yang berada dalam kelaparan yang teramat sangat dan dia tidak 
mendapati sebarang makanan yang halal, individu tersebut dibenarkan untuk 
memakan bangkai binatang tetapi sekadar keperluan yang boleh menghalangnya 
daripada mati. 

Keterangan: 

Perkara yang diharamkan oleh syarak di dalam masalah ini adalah memakan 
bangkai. Keadaan darurat pula ialah orang yang lapar tersebut akan mati seandainya 
dia tidak memakan bangkai. Kematian adalah lebih besar daripada haramnya 
memakan bangkai kerana ia akan membawa kepada membunuh satu jiwa. Oleh itu 
Allah membenarkan seseorang memakan bangkai seandainya dia berada dalam 
keadaan yang sangat mendesak. 6 

2. Seseorang yang diancam untuk dibunuh seandainya tidak murtad daripada agama 
Islam adalah dibenarkan untuk melafazkan kata-kata yang membawa kepada 
murtad dengan syarat individu yang dipaksa tersebut tetap beriman kepada Allah di 
dalam hatinya. 



4 Mausif ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah Takrif Sjjj-iJi . 



http://feqh.alislam.com/Display.asp?DocID=100&MaksamID=1951&ParagraphID=11343&Sharh=0 

5 Asybah Wa Al-Nazair 1/168-169 cetakan Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah 

6 Surah Al-Maidah ayat 3 

pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now! 



Keterangan: 

Perkara yang diharamkan dalam masalah ini adalah melafazkan kata-kata yang 
mengakibatkan murtad. Namun di sana ada darurat iaitu kematian orang yang 
dipaksa seandainya dia tetap tidak mahu melafazkan kata-kata yang membawa 
kepada gelinciran aqidah. Maka atas sebab menjaga ruh adalah lebih besar 
daripada melafazkan kata-kata riddah secara zahir sahaja maka Islam 
membenarkan individu tersebut untuk melafazkan kata-kata riddah bagi menjaga 
nyawanya. 

Namun persoalannya adakah zina dan pelacuran dibenarkan seandainya si wanita terpaksa 
melakukan perbuatan terkutuk ini atas sebab ingin menari sesuap rezeki ataupun ingin 
menyara kehidupan anak-anak dan keluarga? 

Saya ingin menolak apa yang disebutkan oleh Dr. Mashitah dengan beberapa hujah: 

Pertama : 

Adakah kita dapat membayangkan ada di sana ada situasi seorang wanita di Malaysia yang 
tidak mendapati sebarang cara untuk menyara kehidupan diri dan keluarga melainkan hanya 
dengan cara melacurkan diri dalam keadaan wanita tersebut akan mati ataupun cacat 
anggota atau tubuhnya akan mengalami masalah kesihatan yang memudaratkan seandainya 
tidak melacurkan diri? Ini kerana konsep darurat sebagaimana yang telah diterangkan 
memberi erti keadaan seseorang yang terlalu kritikal dan tidak mampu untuk 
mempertahankan nyawanya serta jasadnya hanya dengan cara mengambil perkara yang 
pada asalnya diharamkan oleh syarak. 

Bukankah bumi Allah terlalu luas dan rezeki pemberianNya tidak terhingga serta tidak 
terbatas? Bukankah masih banyak peluang-peluang yang halal bagi mendapatkan wang dan 
rezeki yang halal. Allah Taala berfirman : 7 

OjJlju sU j»iiS 01 <LU IjjSs^ilj -S u3jj U OLJs ja \jJS \jjj>\ jiM\ Lgjl b 

Seandainya kita tidak mampu untuk menjadikan keadaan melacurkan diri kerana terpaksa 
termasuk di bawah definisi darurat menurut syarak, bagaimana kita mampu untuk 
menyatakan kepada masyarakat bahawa melacur kerana terpaksa adalah dibenarkan 
berpegang dengan kaedah Jijj jj-aJi ? 

Jelasnya masalah pelacuran tidak termasuk dalam kaedah Jijj Jr aJi sekalipun 

berkemungkinan wujud situasi seorang wanita yang tidak mendapati sebarang cara untuk 
mendapatkan sesuap rezeki melainkan dengan cara menjadi pelacur. Sekurang-kurangnya 
wanita tersebut boleh meminta sedekah di jalanan daripada menjual kehormatan. Bukankah 
meminta sedekah itu lebih mulia daripada menjual kehormatan diri? 

Apa yang saya nyatakan ini turut disokong oleh Dr. Mashitah sendiri. Beliau menyebut: 

Masyarakat sendiri lebih memahami apakah maksud darurat di Malaysia. Persoalannya 
adakah di negara kita sudah sampai tahap darurat? Tidak, jadi saya cuba mengajak 
masyarakat dan insan yang bertanya berfikir secara rasional. Adakah dengan menjadi ibu 
tunggal sudah sampai tahap darurat? Malah ingin membayar zakat fitrah lagi. Sedangkan kita 
ada Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat serta pelabagai organisasi yang 
akan membela nasib para ibu tunggal. Justeru, saya tetap menyatakan dalam kes soalan 
Razin itu sebagai haram seorang ibu tunggal melacurkan dirinya. 8 



1 Surah Al-Baqarah ayat 172 

8 http://www.islamhadhari.net/v2/drmashitah/index.php?pageNum drmashitah=Q&totalRows drmashit 

ah=33 

pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now! 



Kedua : 

Seandainya kita menerima bahawa ada dalam beberapa keadaan wanita akan tersepit dalam 
dilema lantas terpaksa melacurkan diri demi semata-mata ingin mencari sesuap rezeki, 
namun untuk membenarkan wanita dalam situasi ini untuk melakukan zina semata-mata 
kerana darurat kononnya tetap tidak dibenarkan oleh syarak. Ini kerana antara syarat 
penggunaan kaedah "darurat itu membenarkan larangan yang diharamkan" adalah darurat 
yang terhasil hendaklah lebih besar kesan buruknya berbanding dengan larangan yang 
dikeluarkan. Persoalannya adakah kesan buruk daripada tidak melacurkan diri sekalipun 
membawa kepada kematian adalah lebih besar buruknya daripada larangan tidak menjual 
maruah dan harga diri? 

Al-lmam Al-Suyuti menyatakan bahawa seseorang yang diugut bunuh seandainya dia tidak 
melacurkan dirinya, wanita ini tetap tidak boleh melacurkan dirinya sekalipun risikonya adalah 
kematian kerana kaedah menyebut: 

yang bermaksud: 

Darurat akan membenarkan perkara yang diharamkan tetapi dengan syarat darurat tersebut 
tidak kurang kedudukannya daripada perkara yang diharamkan. 

Beliau menyebut: 

yang bermaksud: 

"Syarat yang kami letakkan yang berbunyi "dengan syarat darurat tidak kurang daripada 
kesan buruk larangan seandainya dilakukan" adalah untuk kami keluarkan masalah 
seandainya mayat itu adalah jenazah seorang nabi. Maka tidak boleh (haram dari segi 
syarak) seseorang yang sangat kelaparan untuk memakan daging mayat seorang nabi. Ini 
kerana menjaga kehormatan mayat nabi tersebut lebih besar di sisi pandangan syarak 
daripada kemudaratan orang yang sangat-sangat kelaparan. 

Syarat ini juga untuk mengeluarkan masalah seseorang yang diancam untuk dibunuh 
seandainya orang yang diancam ini tidak membunuh orang tertentu atau akan diancam untuk 
dibunuh seandainya orang yang diancam tersebut tidak melakukan zina. Maka tidak akan 
dibenarkan sama sekali salah satu daripada dua perkara tadi (membunuh dan berzina) 
kerana mudarat dan risiko "akan dibunuh" yang ditanggung oleh orang yang dipaksa adalah 
sama tarafnya dengan kebaikan menjaga nyawa yang ingin dijaga oleh orang yang dipaksa 
untuk membunuh dan berzina ataupun mungkin mudarat yang terhasil seandainya orang 
yang dipaksa melakukan apa yang disuruh dengan membunuh insan lain dan berzina adalah 
lebih besar berbanding dengan risiko menjaga roh dan nyawa yang ingin dijaga oleh orang 
yang dipaksa". 

Apa yang disebut oleh Al-lmam Al-Suyuti adalah sangat jelas. Adakah nyawa orang yang 
dipaksa lebih berharga daripada insan ketiga yang akan dibunuh oleh orang yang dipaksa? 

Begitu juga dalam masalah orang yang diancam untuk dibunuh seandainya dia tidak 
melakukan zina. Bukankah akibat zina adalah sangat besar? Anak zina akan lahir, keluarga 
wanita yang dizina akan menanggung malu seumur hidup dan mungkin ada di kalangan 



9 Asybah Wa Al-Nazair 1/170 cetakan Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah 



pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now! 



mereka akan membunuh diri semata-mata tidak mampu untuk menanggung aib yang sangat 
menjelekkan ini. 

Kalaulah seseorang yang diancam bunuh seandainya tidak berzina tetap tidak dibenarkan 
oleh Islam untuk berzina sekalipun akan diancam bunuh, maka apa pandangan pembaca 
dengan masalah seorang wanita yang tidak mendapati sumber rezeki yang cukup lalu 
mengambil jalan mudah dengan menjual kehormatannya? Adakah perbuatan wanita ini akan 
dibenarkan oleh Islam dengan berpegang kononnya dengan kaedah "darurat akan 
membenarkan perbuatan yang asalnya adalah haram"? 

Oleh itu apa yang disebut oleh Dr. Mashitah ditolak sama sekali kerana bahaya dan kesan 
buruk yang bakal terhasil adalah sangat besar yang bukan sahaja ditanggung oleh wanita 
yang berzina malah aib tersebut akan turut ditanggung oleh insan-insan lain yang tidak 
berdosa. Ini berbeza dengan kematian seorang wanita yang tidak mendapat sesuap rezeki. 
Risikonya hanya ditanggung oleh wanita tersebut sahaja. 

Walau bagaimanapun, seandainya di sana ada wanita yang tidak mendapat sebarang cara 
untuk mendapatkan makanan lalu bersabar sehingga mati daripada menjual maruahnya, 
maka ketika ini seluruh masyarakat Islam khususnya pemerintah akan berdosa dan akan 
ditanya oleh Allah di mahsyar kelak kerana membiarkan seorang individu Islam mati dalam 
keadaan tidak terbela. 

Ketiga 

Satu Kaedah Feqh ada menyebut: 



■&J^\ p CajOl J J>Sl 



Asal kepada kehormatan wanita itu adalah diharamkan 

Imam Al-Suyuti turut membawakan kepada kita satu masalah yang menunjukkan bahawa 
menjaga kehormatan itu satu perkara yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. 

Masalah tersebut adalah kes seorang lelaki (orang yang mewakilkan) yang meminta 
sahabatnya (wakil) untuk membelikan hamba wanita untuk lelaki yang mewakilkan lalu si 
wakil membeli seorang hamba wanita untuk temannya yang meminta bantuannya untuk 
membeli hamba. Dalam perjalanan pulang, teman yang menjadi wakil dalam pembelian 
hamba wanita tersebut meninggal dunia sebelum sempat menyerahkan hamba wanita 
tersebut kepada sahabatnya. Persoalannya adakah lelaki yang mewakilkan itu boleh 
mengambil hamba wanita itu sebagai hambanya lalu halal baginya untuk melakukan 
persetubuhan bersama hamba wanita tersebut? 

Jawapannya adalah haram bagi lelaki tersebut untuk bersetubuh dengan hamba wanita itu 
kerana kaedah menyatakan "Asal kepada kehormatan wanita itu adalah diharamkan". Ini 

bermakna seseorang individu tidak dibenarkan bersetubuh dengan mana-mana wanita 
melainkan apabila ada sebab yang betul-betul pasti bahawa dia dibenarkan oleh syarak 
dengan cara perkahwinan yang sah dan perhambaan. 

Dalam kes di atas, secara zahirnya hamba wanita itu dibeli oleh si wakil untuk diserahkan 
kepada temannya yang meminta bantuannya untuk membeli hamba tersebut. Namun di sana 
ada kemungkinan bahawa si wakil yang mati dalam perjalanan pulang tersebut membeli 
hamba wanita itu untuk dirinya sendiri dan bukan untuk si teman yang mewakilkan. 

Atas dasar berpegang dengan kaedah "Asal kepada kehormatan wanita itu adalah 

diharamkan" maka lelaki yang mewakilkan tersebut tidak boleh menyetubuhi hamba wanita 
yang telah dibeli tersebut. 

Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah: kalaulah seorang yang mewakilkan temannya 
untuk membeli seorang hamba wanita tetapi temannya yang menjadi wakil tersebut 

pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now! 



meninggal dunia di perjalanan lantas syarak memandang haram hukumnya bagi lelaki yang 
mewakilkan tersebut untuk bersetubuh dengan hamba wanita walaupun secara zahirnya 
hamba tersebut adalah kepunyaannya maka persoalannya adalah adakah seorang wanita 
yang hanya ketiadaan wang yang cukup dibenarkan oleh syarak untuk melacurkan dirinya? 

Bandingkan dengan kes pembelian hamba wanita di atas. Kalaulah si pewakil tidak 
dibenarkan oleh syarak untuk menggauli hamba wanita yang telah dibeli sekalipun secara 
zahirnya hamba itu adalah milik si pewakil hanya semata-mata ingin menjaga kaedah "Asal 
kepada kehormatan wanita itu adalah diharamkan" yang tidak membenarkan sama sekali 
berlaku sebarang hubungan seks sewenang-wenangnya hanya melainkan dengan 
perkahwinan dan perhambaan yang sah secara yakin seratus peratus, adakah kita ingin 
membenarkan seorang wanita melacurkan dirinya dengan alasan yang tidak diterima oleh 
syarak dengan berhujahkan kaedah darurat? Adakah kita ingin menolah kaedah "Asal 
kepada kehormatan wanita itu adalah diharamkan" lantas kita dengan sewenang- 
wenangnya membenarkan pencerobohan ke atas kehormatan seorang wanita yang sangat 
dipandang berat oleh Islam dalam keadaan zina telah jelas bahawa hukumnya adalah 
haram? 



PENUTUP 

Apa yang kita bincangkan menatijahkan jawapan yang jelas bahawa haram bagi seorang 
wanita walau dalam apa keadaan sekalipun untuk melacurkan dirinya kerana kesan yang 
bakal lahir dan terhasil daripada jenayah sundal dan pelacuran adalah sangat besar yang 
bukan sahaja memberi kesan buruk kepada wanita yang menjadi pelacur malahan kesan 
buruk ini akan turut mengena pihak-pihak lain yang tidak berdosa. 

Apa yang dinyatakan oleh Dr, Mashitah adalah ditolak sama sekali kerana sebagai seorang 
insan yang tidak mempunyai autoriti dalam berijtihad, beliau sepatutnya merujuk apa yang 
telah disebut oleh para ulama Islam yang telah sampai ke peringkat ijtihad dalam 
menerangkan permasalahan hukum kepada masyarakat. 

Inilah masalah yang sering timbul di Malaysia khasnya. Individu-individu yang ada latar 
belakang pengajian Islam apabila pulang ke Malaysia meletakkan diri mereka sebagai 
seorang mujtahid lantas begitu lantang mengeluarkan pandangan peribadi dalam perbahasan 
hukum tanpa merujuk pandangan para ulama mujtahid sebelum menerangkan kepada 
masyarakat apa-apa hukum Fiqh yang dipersoalkan. 

Seseorang mujtahid apabila tersalah dalam memberikan pandangan dalam masalah hukum, 
Allah Taala akan tetap memberikan pahala dan ganjaran kepadanya kerana usahanya dalam 
mencari hukum Allah. Namun seseorang yang keilmuannya tidak melayakkan dirinya untuk 
berijtihad (muqallid), haram hukumnya bagi individu ini untuk mengeluarkan pandangan 
akalnya dalam menjawab persoalan yang berkaitan dengan hukum-hakam Feqh kerana hak 
untuk berijtihad dalam mencari hukum Allah hanya diberikan kepada individu-individu yang 
telah menguasai ilmu-ilmu Islam yang menjadi syarat dalam berijtihad secara masak dan 
pakar. 

Saya menasihatkan kepada semua golongan lepasan pengajian Islam agar tidak bermudah- 
mudah dalam masalah hukum-hakam syarak. Kita sememangnya mesti berusaha untuk 
mendalami bidang-bidang yang menjadi syarat yang melayakkan kita untuk berijtihad 
contohnya seperti Usui Fiqh. bahasa Arab, ayat-ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah yang 
berhubungkait dengan masalah Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Maqasid Syanyyah dan 
sebagainya. Ini memang tugas kita agar agama Islam dapat dikupas berdasarkan disiplin ilmu 
Islam dan bukannya berdasarkan hawa nafsu yang jauh dari lingkungan ilmu Islam. 

Namun seandainya kalian tidak mampu untuk mendalami bidang-bidang tersebut secara 
pakar dan masak maka kalian tidak berhak sama sekali mendatangkan pandangan akal 
kalian dalam menjawab sebarang isu yang berkaitan dengan masalah hukum Fiqh melainkan 
mengikut sahaja apa yang telah dinyatakan oleh golongan ulama Islam yang telah sampai ke 
peringkat ijtihad. 

pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now! 



Saya berharap agar Dr. Mashitah mendatangkan kepada kita pandangan ulama yang 
mempunyai autoriti dalam berijtihad dalam masalah melacurkan diri kerana terpaksa ini. 
Datangkan kepada kami pandangan mereka seandainya ada di kalangan mereka yang 
membenarkan seorang wanita melacur hanya kerana terpaksa atau darurat. Seandainya 
anda tidak mampu mendatangkan pandangan ulama muktabar yang menyokong pandangan 
anda, anda wajib untuk menarik kembali pandangan anda yang telah terpesong daripada 
disiplin ilmu Islam berhubungkait dalam masalah darurat. 

Moga tulisan ringkas ini dapat menjernihkan kekeruhan yang timbul dalam isu pelacuran ini. 



Hairul Nizam Mat Husain, 

Tahun Dua, 

M.A Usui Feqh, 

Universiti Al-Azhar Al-Syarif. 



pdfMachine 
A pdf writer that produces quality PDF files with ease! 

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across 

nearly all Windows platforms, simply open the document you want to convert, click "print", select the 

"Broadgun pdfMachine printer" and that's it! Get yours now!